Thursday, 9 March 2017

Kita hormat orang, orang hormat kita balik.

Aku ingin menceritakan tentang amalan hormat-menghormati sesama manusia. Nampak gayanya, ia bagai telah hanyut ataupun hilang dari masyarakat kita.

Aku sedar sebagai seorang manusia, aku juga khilaf dalam hal ini. Tetapi, sekurangnya aku berusaha untuk membaiki diriku sendiri. Bukan bertindak membuta-tuli.

Ketahuilah, bukan niatku ingin membuka aib sendiri atau sesiapa jua. Walau bagaimanapun, kesedihan yang mencengkam jiwa menjadikan aku tidak betah untuk berdiam diri.

Wahai anak muda, berubahlah duhai sayang. Apalah salahnya cuba menghormati orang lain tanpa mengira siapapun orang tersebut? Sikap mementingkan diri sendiri hanya menjadikan orang lain di sekitar tidak berasa senang dengan kehadiranmu.

Dirimu masih muda sayang. Kalau mengikut perkiraan, masih jauh perjalanan hidupmu. Andai kau tidak pandai menghormati orang lain, percayalah bahawa hidupmu takkan sunyi dari persengketaan.

Sekali lagi, maafkan diriku kerana tidak menegurmu secara berdepan. Masih aku tidak punya keberaniaan seperti itu. Semoga angin lalu membisikkan apa yang terbuku di hatiku buat kalian.


Ingat “Kita hormat orang, orang hormat kita balik”.

Image result for hormat orang


Wednesday, 15 February 2017

Kuntuman mawar

Seindah kuntuman mawar. Meskipun berduri, namun ia tetap disukai.

Begitulah yang seharusnya...

Bagi setiap insan yang mahukan kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Walaupun kuntuman mawar akan layu jua pada penghujung masa,

Namun harus juga diingat, manusia juga bakal pergi meninggalkan dunia yang sementara cuma.

Teguhlah duhai hati. Jangan menangis lagi meski untuk sesaat kerana kepalsuan akan sinar juga. Mendung pasti berlalu...

Oleh yang demikian, jangan lupa rumput di kaki andai kata sudah berada di langit kejayaan. Kerana lumrahnya dunia ini, ia akan silih berganti.