Aku ingin menceritakan
tentang amalan hormat-menghormati sesama manusia. Nampak gayanya, ia bagai
telah hanyut ataupun hilang dari masyarakat kita.
Aku sedar sebagai seorang
manusia, aku juga khilaf dalam hal ini. Tetapi, sekurangnya aku berusaha untuk
membaiki diriku sendiri. Bukan bertindak membuta-tuli.
Ketahuilah, bukan niatku
ingin membuka aib sendiri atau sesiapa jua. Walau bagaimanapun, kesedihan yang
mencengkam jiwa menjadikan aku tidak betah untuk berdiam diri.
Wahai anak muda, berubahlah
duhai sayang. Apalah salahnya cuba menghormati orang lain tanpa mengira
siapapun orang tersebut? Sikap mementingkan diri sendiri hanya menjadikan orang
lain di sekitar tidak berasa senang dengan kehadiranmu.
Dirimu masih muda sayang.
Kalau mengikut perkiraan, masih jauh perjalanan hidupmu. Andai kau tidak pandai
menghormati orang lain, percayalah bahawa hidupmu takkan sunyi dari
persengketaan.
Sekali lagi, maafkan diriku
kerana tidak menegurmu secara berdepan. Masih aku tidak punya keberaniaan
seperti itu. Semoga angin lalu membisikkan apa yang terbuku di hatiku buat
kalian.
Ingat
“Kita hormat orang, orang hormat kita balik”.
